.

Never get so busy making a living that you forget to make a life...

Salam Selamat Datang

FiED (Finance and Economics Department) is not an official blog represent COBA or UNITEN (Universiti Tenaga Nasional). This simple blog dedicated to my friends in the Department of Finance and Economics COBA.

Wednesday, August 27, 2014

Malang tidak berbau..., kemalangan melibatkan Puan Noraini

Pada masa kami semua sedang menikmati majlis Raya FiED, kami dikejutkan dengan berita Puan Noraini terlibat dengan kemalangan. Beliau merupakan salah seorang ahli Jabatan Kewangan dan Ekonomi.
 
Kemalangan  tersebut berlaku di kilometer 37.9 Lebuhraya Utara-Selatan. Saya difahamkan ianya berlaku pada 1.45 petang. Pada masa tersebut Puan Noraini sendiri memandu bersama keluarganya iaitu ibu, adik dan anaknya.
 
Melihat kepada keretanya, ia merupakan satu kemalangan yang teruk dan ngeri. Namun alhamdulilah syukur semuanya terselamat dalam kejadian tersebut.

 


 




 Keretanya berlanggar dengan sebuah lori.
 
 
 


Semoga keluarga Puan Noraini diberi kekuatan menghadapi musibah ini, kami di FiED mendoakan kesejahteraan Puan Noraini sekeluarga. Amin.

Semoga kawan-kawan semua selalu dilindungi dan diberkati olehNYA...Amin.

Work-life balance...!


Gambarajah

Semalam saya balik lewat iaitu pukul 7.15 malam.  Semalam kelas akhir saya mula 5 petang sampai 7 malam. Dari tempat park kereta saya terus memandu menuju ke rumah Nik untuk ambil lauk dan nasi. Selain Mafuzah, Nik selalu juga memberi makanan untuk saya. Terima kasih banyak.
 
Sebenarnya jika saya tidak ada kelas pun saya tidak balik kerja menepati masa. Saya selalu balik lewat setiap hari. Sebenarnya masa kerja saya tamat 5.15 jika saya tidak ada kelas.
 
Semasa memandu ke rumah Nik saya banyak perkara, antaranya mengenai diri saya yang lebih utamakan kerja daripada segalanya. Saya fikir mungkin jadi begitu kerana kerja memberi saya pendapatan. Saya rasa bersalah pulak kerana tidak kerap jenguk ayah dan ibu di kampong. Mereka hanya tinggal berdua. Mereka sudah tua...
 
Saya rasa bersdalah pulak selalu menolak pelawaan rakan untuk pergi bercuti... Saya rasa bersalah juga terhadap badan saya. Punggung saya jadi lepeh dan tidak menarik kerana selalu duduk di kerusi. He he he.
 
Saya sepatutnya seimbang antara keluarga, kerjaya, kesihatan dan kawan-kawan saya yang baik hati. Sila rujuk gambarajah di atas.
 
Jadi hujung minggu ini saya bertekad untuk memasak untuk adik dan anak-anak saudara saya. Saya bukanlah pandai memasak tetapi saya harus perkukuhkan hubungan keluarga. Kalau boleh saya juga mahu masak kek buah yang lazat. Kita mesti seimbangkan hidup kita...
 
Anda bagaimana?

Thursday, December 19, 2013

Bachelor of Finance Symposium (FICB 344-semester 2 2013/2014)

Opening Ceremony
Date      :               18th December 2013 (Wednesday)
Venue  :                Ilmu Hall

Time      :              2.00pm – 2.30pm




Perasmian oleh Timbalan Dekan Dr Shahrul Nizam Bin Salahudin






“Rehearsal Penuh untuk Festival Tari Piala Tun Dr Seri Hasmah” 18 Disember 2013

Tempat: Studio USK, Bangunan Wisma ,UNITEN KSHAS
Masa: 9-10 Malam

Saya selaku penasihat Kelab Citra Senu UNITEN, COBA berkesempatan menghadiri sesi “Rehearsal Penuh untuk Festival Tari Piala Tun Dr Seri Hasmah” .

Penari yang terdiri dari 46 orang akan berpakaian lengkap dengan kostum dan aksesori yang ditaja dari pihak USK serta Jabatan Kebudayaan Negeri Pahang.
  



SITI FARA FADILA BINTI ABD RAZAK

Koreografernya ialah Siti Farah yang juga merangkap penasihat kelab. Beliau telah bertukus lumus memastikan sesi latihan berjalan lancar. Saya amat kagum dengan kesungguhan beliau menjalankan aktiviti kelab.





Saya percaya mahasiswa harus didedahkan dengan kerja-kerja berkumpulan yang boleh mengajar/membentuk  mereka berkongsi harapan dan cita-cita yang sama untuk menjayakan sesuatu projek.


Dengan peryertaan warga berbilang kaum secara langsung semangat intergarsi dapat disalurkan dan membuahkan perpaduan kepada skala yang lebih besar.


Tujuan “Rehearsal Penuh” ini diadakan adalah sebagai satu langkah persediaan terakhir menjelang hari pertandingan  sebenar iaitu 20/12/2013 . 



Bukan senang mahu menari dalam kumpulan yang besar. Semasa rehasal tersebut saya merasa sangat bangga dengan kebolehan pelajar-pelajar. 

Bidang seni bolem membentuk disiplin yang tinggi dan semangat bekerjasama.


 Penari yang terdiri dari 46 orang akan berpakaian lengkap dengan kostum dan aksesori yang ditaja dari pihak USK serta Jabatan Kebudayaan Negeri Pahang.





 Semoga mereka berjaya melakukan persembahan terbaik.

Wednesday, December 11, 2013

Program Kesedaran dan Taklimat Sistem Percukaian Baru Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Saya berpeluang ke Program Kesedaran dan Taklimat Sistem Percukaian Baru Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.  Pada:


            Tarikh             : Rabu, 11 Disember 2013
            Masa               : 2.30 – 4.30 petang 
            Tempat           : Auditorium KHSAS