Tempat: Studio USK, Bangunan Wisma ,UNITEN KSHAS
Masa: 9-10 Malam
Saya selaku penasihat Kelab Citra Senu UNITEN, COBA berkesempatan menghadiri sesi “Rehearsal Penuh untuk Festival
Tari Piala Tun Dr Seri Hasmah” .
Penari yang terdiri dari 46 orang akan berpakaian lengkap
dengan kostum dan aksesori yang ditaja dari pihak USK serta Jabatan Kebudayaan
Negeri Pahang.
 |
SITI FARA FADILA BINTI ABD RAZAK |
Koreografernya ialah Siti Farah yang juga merangkap penasihat kelab. Beliau telah bertukus lumus memastikan sesi latihan berjalan lancar. Saya amat kagum dengan kesungguhan beliau menjalankan aktiviti kelab.
Saya percaya mahasiswa harus didedahkan dengan kerja-kerja berkumpulan yang boleh mengajar/membentuk mereka berkongsi harapan dan cita-cita yang sama untuk menjayakan sesuatu projek.
Dengan peryertaan warga berbilang kaum secara langsung semangat intergarsi dapat disalurkan dan membuahkan perpaduan kepada skala yang lebih besar.
Tujuan “Rehearsal Penuh” ini diadakan adalah sebagai satu langkah persediaan terakhir menjelang hari pertandingan sebenar iaitu 20/12/2013 .
Bukan senang mahu menari dalam kumpulan yang besar. Semasa rehasal tersebut saya merasa sangat bangga dengan kebolehan pelajar-pelajar.
Bidang seni bolem membentuk disiplin yang tinggi dan semangat bekerjasama.
Penari yang terdiri dari 46 orang akan berpakaian lengkap dengan kostum dan aksesori yang ditaja dari pihak USK serta Jabatan Kebudayaan Negeri Pahang.
Semoga mereka berjaya melakukan persembahan terbaik.