.

Never get so busy making a living that you forget to make a life...

Salam Selamat Datang

FiED (Finance and Economics Department) is not an official blog represent COBA or UNITEN (Universiti Tenaga Nasional). This simple blog dedicated to my friends in the Department of Finance and Economics COBA.

Thursday, September 13, 2012

Mesyuarat FiED: 13 Sept 2012

Mesyuarat FiED kali ini berlainan dan sentimental sekali. Hati kami terasa sedih kerana ketua jabatan yang sekian lama bekerja bersama kami akan bertukar ke UNITEN Putrajaya.



 Penyerahan tugas secara rasmi kepada Puan Noriza  Mohd Saad (ketua jabatan baru), sambil di perhatikan oleh timbalan dekan  kita Dr Shahrul Nizam Bin Salahudin.

Dr Shahrul Nizam bin Salahudin juga mewakili pihak pengurusan akademik mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan Mr Tan selama 5 tahun selaku ketua jabatan.



Hari ini antara isi mesyuarat adalah mengenai OBE online training dan Syllabus review. Namun mesyuarat kali ini juga menyaksikan Mr Tan Kwe Lu menjalankan tugas terakhirnya mempergerusikan mesyurat jabatan.

Secara peribadi saya dapati Mr Tan seorang ketua jabatan yang disenangi ramai kerana beliau mengambil kira dan mengambil tahu keupayaan setiap ahli di jabatannya. Beliau juga selalu memberi semangat dan galakan kepada ahli jabatannya.

Kami daripada seluruh ahli FiED (Finance and Economic Department) mengharapkan semuga di tempat baru Mr Tan akan terus berjaya dan cemerlang menjalankan tugasnya.

Semoga maju jaya.



Sunday, September 9, 2012

MMM Mr Tan: Makan-makan kat Santai...


Siti Fara Fadila menjadi pengerusi majlis. Beliau siap berpantun lagi untuk majlis tersebut. Beliau sangat spontan dan menghiburkan. Apabila saya meminta beliau menjadi MC, beliau terus setuju. saya merasa lega kerana pada masa tersebut kami sedang sibuk menghadapi peperiksaan bagi sesi akademik 1, 2012/2013.



Prof Anuar mewakili jabatan memberikan sepatah dua kata. Pada mulanya saya malu untuk menjemput beliau takut ditolak sebab beliau juga sibuk orangnya. Namun beliau berbesar hati untuk mewakili kami. Beliau sangat menghiburkan kerana ucapannya diselitkan jenaka yang spontan. Malam itu prof kelihatan lebih muda berbanding saya, dengan baju hard Rock Cafe tersebut, beliau kelihatan muda benar.

 Nuruhil Amani akan berhijrah ke luar negara. Saya belum kenal rapat dengan beliau namun beliau seorang yang disenangi dan mudah diajak berbincang. Semoga beliau bernbahagia di tempat baru.

Mr Tan memberi sedikit cederamata kepada Nuruhil, semoga dibawa bersama cederamata tersebut ke luar negara...he he he

 Ini gambar Puan Noriza Mohd Saad, beliau akan menggantikan Mr Tan sebagai ketua jabatan. Kami telah lama mengenali Puan Noriza, beliau adalah Ketua Unit Kewangan jabatan kami.

Puan Noriza juga dijemput memberikan ucapan pada malam tersebut. 

 Mr Tan mengucapkan selamat maju jaya kepada jabatan kami. mr Tan sangat gembira pada malam tersebut.




Majlis Makan Malam Mr Tan (MMM Mr Tan)


Minggu lalu saya dan kawan-kawan sejabatan telah mengadakan sebuah majlis Khas sempena pertukaran ketua jabatan kami iaitu Mr Tan Kwe Lu. 

Tarikh: 6 September 2012 .
Masa: 8.00 malam.
Tempat: Restoran Santai, Tanjung Lumpur.
Tema: Santai…

Gambar semasa menunggu majlis: 


Gambar di atas ialah AJK yang mengadakan majlis:

1.      Nik Fanidautty Nik Majid  (berdiri pakai jeans biru)  
2.      Mohamad Sukiman Ishak   (yang handsum tu)
3.       Norsalwati Binti Othman   (tudung pink, sedang sarat sekarang)
4.      Norhamisham Binti Harun  (tudung merah menyala)
5.      Siti Fara Fadila Abd razak (memegang beg kuning)