.
Never get so busy making a living that you forget to make a life...
Salam Selamat Datang
FiED (Finance and Economics Department) is not an official blog represent COBA or UNITEN (Universiti Tenaga Nasional). This simple blog dedicated to my friends in the Department of Finance and Economics COBA.
Sunday, October 30, 2011
Selamat hari lahir - Nora ( 22.10.2011)
Kawan-kawan di MAED telah mengadakan majlis ringkas sambut hari lahir Nora dan Leen. saya dijemput juga. Tima kasih atas jemputan. Di bawah ada beberapa keping gambar.
Penilaian AKP 2011
UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sahabat,
Pusat Kecemerlangan Organisasi & Pengurusan Kualiti (PPK) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua staf UNITEN Kampus Putrajaya dan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) atas sokongan dan komitmen yang telah diberikan bagi sesi persediaan dan Penilaian Finalist AKP 2011. Penilaian tersebut telah pun berjalan dengan lancar dan sempurna.
Alhamdulillah dengan berkat sokongan dan komitmen daripada sahabat semua panel penilai telah memberikan maklumbalas yang positif. Akhir kata, pihak PPK mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kesilapan semasa sesi Penilaian AKP 2011 ini berlangsung.
Semoga dengan usaha dan kerjasama kita semua akan membuahkan hasil sekaligus menjadikan UNITEN sebagai Juara bagi AKP 2011 kali ini. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
b/p : Pengarah
Pusat Kecemerlangan Organisasi & Pengurusan Kualiti
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sahabat,
Pusat Kecemerlangan Organisasi & Pengurusan Kualiti (PPK) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua staf UNITEN Kampus Putrajaya dan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) atas sokongan dan komitmen yang telah diberikan bagi sesi persediaan dan Penilaian Finalist AKP 2011. Penilaian tersebut telah pun berjalan dengan lancar dan sempurna.
Alhamdulillah dengan berkat sokongan dan komitmen daripada sahabat semua panel penilai telah memberikan maklumbalas yang positif. Akhir kata, pihak PPK mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kesilapan semasa sesi Penilaian AKP 2011 ini berlangsung.
Semoga dengan usaha dan kerjasama kita semua akan membuahkan hasil sekaligus menjadikan UNITEN sebagai Juara bagi AKP 2011 kali ini. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
b/p : Pengarah
Pusat Kecemerlangan Organisasi & Pengurusan Kualiti
Sunday, October 9, 2011
Dr Mohd Nasir bin Mohd Yatim

Untuk penggal penghajian ini Dr Mohd Nasir bin Mohd Yatim telah berangkat ke Mekah. Semoga beliau sihat dan menjalani ibadat dengan jayanya. Selamat pergi dan selamat kembali.
Thursday, October 6, 2011
Perlanjutan jawatan

Nama: Tan Kwe Lu
(Pensyarah Kanan)
Jawatan: Ketua Jabatan (Kewangan dan Ekonomi) Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan
Tempoh lanjutan: 15/9/2011 sehingga 14/9/2012
Saya dan rakan-rakan sekerja mengucapkan tahniah di atas perlanjutan jawatan tersebut.
Wednesday, October 5, 2011
Selamat hari lahir Mr Tan (2010)
Walaupun Jabatan Kewangan dan Ekonomi mempunyai bilangan pensyarah yang ramai kami tidak kerap berjumpa (selain miting). Apatah lagi untuk jumpa beramai-ramai sekaligus, bersantaian ria. Selalunya kami berjumpa untuk berserius (bermiting).
Gambar-gambar ini adalah gambar kami berpakat meraikan hari lahir ketua jabatan kami yang lebih mesra kami panggil Mr Tan. Sambutan ini adalah satu kerahsiaan, berminggu kami rancang. Hidup dalam debaran.
Maknanya apabila pintu dibuka Puan Mariatul (yang bertugas di pejabat pentadbiran kami) akan meluru bersama kek di dalam suasana gelap dan menghadap Mr Tan. Untuk memegang kek ini ianya memerlukan kesabaran dan kekuatan. Sebabnya? Kek itu sedap.
Irene ditugaskan memastikan Mr Tan ke pantry. Beliaulah mereka-reki cerita supaya Mr Tan datang ke pantry.
Majlis tersebut diadakan di pantry kami yang berada di tengah-tengah bangunan. Maka upacara membawa/memunggah makanan ke pantry juga menjadi suatu kepayahan. Bimbang Mr Tan ternampak makanan tersebut. He he he.
Puan Salwati pula ditugaskan dengan tugas yang berat iaitu menjaga suis lampu. Dia bertanggungjawab mengenal pasti suis mana yang ingin dipetik dan suis mana jangan dipetik. Kelihatan tangannya memegang suis yang betul. Alhamdulilah.
Perlu diberitahu, beliau juga `orang kuat' majlis ini yang bertungkus lumus berdebar untuk memastikan kejayaan majlis. Tahniah untuknya.
Kami telah mengumpul duit untuk membeli hadiah istimewa kepada Mr Tan. Beliau diminta membuka hadiah tersebut di hadapan kami. Gambar di atas menunjukan Mr Tan dibantu oleh Prof Dr Mohd Anuar bin Adnan. Prof yang saya kagumi.
Antara yang menunggu untuk makan, he h eh.
Saya kelihatan gembira seolah hari jadi tersebut saya yang punya...



Maisarah adalah satu-satunya kawan saya yang dari tempat kerja lama saya iaitu Kolej Shahputra (kini Kolej Universiti Shahputra) yang bekerja satu jabatan dan bangunan dengan saya.




Saya sudah beritahu Adnan untuk upacara ni minimakan sikit kehadiran muka saya dalam gambar-gambar majlis. Sebab pada sambutan hari raya peringkat kampus nan lalu didapati banyak sangat gambar saya je mengada-ngada pose sana sini mengalahkan dekan dan timbalan dekan. Ada beberapa pensyarah lain menghantar email/kol untuk saya bertanya "Kenapa ada banyak gambar Man ?" He he he.
Beginilah sedikit sebanyak suasana meraikan hari jadi Mr Tan yang juga membawa kegirangan pada hati saya dan kawan-kawan.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir dan memberikan kerja sama.
Lapor diri pensyarah/tutor FiED
Lapor diri: 5/9/2011
Lapor diri: 18/4/2011
Lapor diri: 3/5/2011
Ini adalah 4 ahli terbaru yang melaporkan diri pada bulan 4, 5 dan 9 2011 yang lalu. Selamat datang ke Jabatan Kewangan dan Ekonomi.
Tuesday, October 4, 2011
Blog FiED
Saya terpanggil untuk mewujudkan blog ini setelah saya terpesona dengan blog MaED (Marketing and Entrepuner Department). Blog tersebut direkacipta sedemikian rupa oleh sahabat saya Adnan Abdul Hamid (Danny).
Blog ini adalah blog santai, ringkas dan keriangan. Ia akan akan diisi dengan cerita saya (yang berkaitan dengan jabatan) dan juga cerita kawan-kawan di FiED.
Saya dapati sudah banyak kenangan dan peristiwa yang berlaku di ingatan saya yang berkaitan dengan jabatan saya. Semoga blog ini menjadi rakaman peristiwa yang berlaku.
Dengan adanya blog ini syuriga diharapkan, kenangan tersebut lebih tersusun dan rasmi di persada ingatan...
Subscribe to:
Posts (Atom)