Walaupun Jabatan Kewangan dan Ekonomi mempunyai bilangan pensyarah yang ramai kami tidak kerap berjumpa (selain miting). Apatah lagi untuk jumpa beramai-ramai sekaligus, bersantaian ria. Selalunya kami berjumpa untuk berserius (bermiting).
Gambar-gambar ini adalah gambar kami berpakat meraikan hari lahir ketua jabatan kami yang lebih mesra kami panggil Mr Tan. Sambutan ini adalah satu kerahsiaan, berminggu kami rancang. Hidup dalam debaran.
Maknanya apabila pintu dibuka Puan Mariatul (yang bertugas di pejabat pentadbiran kami) akan meluru bersama kek di dalam suasana gelap dan menghadap Mr Tan. Untuk memegang kek ini ianya memerlukan kesabaran dan kekuatan. Sebabnya? Kek itu sedap.
Irene ditugaskan memastikan Mr Tan ke pantry. Beliaulah mereka-reki cerita supaya Mr Tan datang ke pantry.
Majlis tersebut diadakan di pantry kami yang berada di tengah-tengah bangunan. Maka upacara membawa/memunggah makanan ke pantry juga menjadi suatu kepayahan. Bimbang Mr Tan ternampak makanan tersebut. He he he.
Puan Salwati pula ditugaskan dengan tugas yang berat iaitu menjaga suis lampu. Dia bertanggungjawab mengenal pasti suis mana yang ingin dipetik dan suis mana jangan dipetik. Kelihatan tangannya memegang suis yang betul. Alhamdulilah.
Perlu diberitahu, beliau juga `orang kuat' majlis ini yang bertungkus lumus berdebar untuk memastikan kejayaan majlis. Tahniah untuknya.
Kami telah mengumpul duit untuk membeli hadiah istimewa kepada Mr Tan. Beliau diminta membuka hadiah tersebut di hadapan kami. Gambar di atas menunjukan Mr Tan dibantu oleh Prof Dr Mohd Anuar bin Adnan. Prof yang saya kagumi.
Antara yang menunggu untuk makan, he h eh.
Saya kelihatan gembira seolah hari jadi tersebut saya yang punya...



Maisarah adalah satu-satunya kawan saya yang dari tempat kerja lama saya iaitu Kolej Shahputra (kini Kolej Universiti Shahputra) yang bekerja satu jabatan dan bangunan dengan saya.




Saya sudah beritahu Adnan untuk upacara ni minimakan sikit kehadiran muka saya dalam gambar-gambar majlis. Sebab pada sambutan hari raya peringkat kampus nan lalu didapati banyak sangat gambar saya je mengada-ngada pose sana sini mengalahkan dekan dan timbalan dekan. Ada beberapa pensyarah lain menghantar email/kol untuk saya bertanya "Kenapa ada banyak gambar Man ?" He he he.
Beginilah sedikit sebanyak suasana meraikan hari jadi Mr Tan yang juga membawa kegirangan pada hati saya dan kawan-kawan.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir dan memberikan kerja sama.
No comments:
Post a Comment