![]() |
Gambarajah |
Semalam saya balik lewat iaitu pukul 7.15 malam. Semalam kelas akhir saya mula 5 petang sampai 7 malam. Dari tempat park kereta saya terus memandu menuju ke rumah Nik untuk ambil lauk dan nasi. Selain Mafuzah, Nik selalu juga memberi makanan untuk saya. Terima kasih banyak.
Sebenarnya jika saya tidak ada kelas pun saya tidak balik kerja menepati masa. Saya selalu balik lewat setiap hari. Sebenarnya masa kerja saya tamat 5.15 jika saya tidak ada kelas.
Semasa memandu ke rumah Nik saya banyak perkara, antaranya mengenai diri saya yang lebih utamakan kerja daripada segalanya. Saya fikir mungkin jadi begitu kerana kerja memberi saya pendapatan. Saya rasa bersalah pulak kerana tidak kerap jenguk ayah dan ibu di kampong. Mereka hanya tinggal berdua. Mereka sudah tua...
Saya rasa bersdalah pulak selalu menolak pelawaan rakan untuk pergi bercuti... Saya rasa bersalah juga terhadap badan saya. Punggung saya jadi lepeh dan tidak menarik kerana selalu duduk di kerusi. He he he.
Saya sepatutnya seimbang antara keluarga, kerjaya, kesihatan dan kawan-kawan saya yang baik hati. Sila rujuk gambarajah di atas.
Jadi hujung minggu ini saya bertekad untuk memasak untuk adik dan anak-anak saudara saya. Saya bukanlah pandai memasak tetapi saya harus perkukuhkan hubungan keluarga. Kalau boleh saya juga mahu masak kek buah yang lazat. Kita mesti seimbangkan hidup kita...
Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment