.

Never get so busy making a living that you forget to make a life...

Salam Selamat Datang

FiED (Finance and Economics Department) is not an official blog represent COBA or UNITEN (Universiti Tenaga Nasional). This simple blog dedicated to my friends in the Department of Finance and Economics COBA.

Sunday, September 9, 2012

MMM Mr Tan: Makan-makan kat Santai...


Siti Fara Fadila menjadi pengerusi majlis. Beliau siap berpantun lagi untuk majlis tersebut. Beliau sangat spontan dan menghiburkan. Apabila saya meminta beliau menjadi MC, beliau terus setuju. saya merasa lega kerana pada masa tersebut kami sedang sibuk menghadapi peperiksaan bagi sesi akademik 1, 2012/2013.



Prof Anuar mewakili jabatan memberikan sepatah dua kata. Pada mulanya saya malu untuk menjemput beliau takut ditolak sebab beliau juga sibuk orangnya. Namun beliau berbesar hati untuk mewakili kami. Beliau sangat menghiburkan kerana ucapannya diselitkan jenaka yang spontan. Malam itu prof kelihatan lebih muda berbanding saya, dengan baju hard Rock Cafe tersebut, beliau kelihatan muda benar.

 Nuruhil Amani akan berhijrah ke luar negara. Saya belum kenal rapat dengan beliau namun beliau seorang yang disenangi dan mudah diajak berbincang. Semoga beliau bernbahagia di tempat baru.

Mr Tan memberi sedikit cederamata kepada Nuruhil, semoga dibawa bersama cederamata tersebut ke luar negara...he he he

 Ini gambar Puan Noriza Mohd Saad, beliau akan menggantikan Mr Tan sebagai ketua jabatan. Kami telah lama mengenali Puan Noriza, beliau adalah Ketua Unit Kewangan jabatan kami.

Puan Noriza juga dijemput memberikan ucapan pada malam tersebut. 

 Mr Tan mengucapkan selamat maju jaya kepada jabatan kami. mr Tan sangat gembira pada malam tersebut.




No comments:

Post a Comment