.

Never get so busy making a living that you forget to make a life...

Salam Selamat Datang

FiED (Finance and Economics Department) is not an official blog represent COBA or UNITEN (Universiti Tenaga Nasional). This simple blog dedicated to my friends in the Department of Finance and Economics COBA.

Thursday, September 13, 2012

Mesyuarat FiED: 13 Sept 2012

Mesyuarat FiED kali ini berlainan dan sentimental sekali. Hati kami terasa sedih kerana ketua jabatan yang sekian lama bekerja bersama kami akan bertukar ke UNITEN Putrajaya.



 Penyerahan tugas secara rasmi kepada Puan Noriza  Mohd Saad (ketua jabatan baru), sambil di perhatikan oleh timbalan dekan  kita Dr Shahrul Nizam Bin Salahudin.

Dr Shahrul Nizam bin Salahudin juga mewakili pihak pengurusan akademik mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan Mr Tan selama 5 tahun selaku ketua jabatan.



Hari ini antara isi mesyuarat adalah mengenai OBE online training dan Syllabus review. Namun mesyuarat kali ini juga menyaksikan Mr Tan Kwe Lu menjalankan tugas terakhirnya mempergerusikan mesyurat jabatan.

Secara peribadi saya dapati Mr Tan seorang ketua jabatan yang disenangi ramai kerana beliau mengambil kira dan mengambil tahu keupayaan setiap ahli di jabatannya. Beliau juga selalu memberi semangat dan galakan kepada ahli jabatannya.

Kami daripada seluruh ahli FiED (Finance and Economic Department) mengharapkan semuga di tempat baru Mr Tan akan terus berjaya dan cemerlang menjalankan tugasnya.

Semoga maju jaya.



No comments:

Post a Comment